Malaysia

Kempen Clean Thaipusam lebih terancang, libatkan lebih 600 sukarelawan di 6 negeri

Kempen Clean Thaipusam tahun ini diperluas dengan kerjasama strategik bersama Spritzer yang menggerakkan lebih banyak aktiviti kesedaran, inisiatif kitar semula dan penglibatan sukarelawan.

Dengan kerjasama semakin meluas, Timbalan Menteri Perpaduan, Yuneswaran Ramaraj berharap kempen kali ini lebih berjaya dengan orang ramai lebih cakna menjaga kebersihan, menggunakan beg kitar semula dan memberi kerjasama bagi memudahkan pengurusan sisa sepanjang perayaan.

Tahun lepas, kempen ini berjaya mengasing dan mengalihkan 320 kilogram sisa plastik dan pada edisi kali ini, ia melibatkan bukan sahaja kuil di Batu Caves tetapi juga di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Melaka dan Johor dengan sokongan lebih 600 sukarelawan.

Kempen yang bermula sejak 2009 ini akan menempatkan lebih 200 tong sampah di Batu Caves, pengasingan sisa dan kitar semula, inisiatif Fruit Bank bagi mengumpul lebihan buah untuk diberi kepada haiwan, menyokong konsep sifar pembaziran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker