Kematian Lula Lahfah: Reza Arap antara 10 saksi disoal siasat polis Jakarta

Polis Jakarta Selatan telah merakam keterangan 10 saksi dalam siasatan kematian pempengaruh Lula Lahfah, termasuk kekasihnya Reza Oktovian atau Reza Arap.
Turut disoal siasat ialah pembantu rumah, pemandu, pembantu peribadi, dua juruteknik apartmen Essense Darmawangsa serta beberapa pegawai perubatan.
Antara yang dipanggil memberi keterangan ialah doktor Hospital Fatmawati yang menjalankan pemeriksaan awal pada jenazah, doktor yang mengeluarkan surat kematian, dan petugas perubatan Hospital Pondok Indah berkaitan rekod kesihatan arwah.
Polis juga menghantar beberapa barang bukti dari lokasi kejadian ke makmal forensik untuk dianalisis, sementara punca kematian masih menunggu keputusan rasmi.
Lula ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terlentang dan kaku di bilik apartmennya di Jakarta Selatan pada 23 Januari selepas pembantu rumah curiga apabila mangsa tidak memberi respons sejak pagi.
Terdahulu, mangsa dilaporkan mengerang kesakitan pada awal pagi, dipercayai berkaitan komplikasi selepas pembedahan batu karang dan masalah gastrik




