Malaysia

Sistem pembaca MyKad baharu sedang dinaik taraf – JPN 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan sistem dan alat pembaca MyKad di pusat perkhidmatan kerajaan serta swasta sedang dinaik taraf bagi menyokong penggunaan MyKad generasi baharu.

Langkah itu susulan aduan beberapa pemegang MyKad baharu yang mendapati kad mereka tidak dapat dibaca dengan segera di sesetengah bank dan pusat perkhidmatan kerajaan. Masalah berkenaan dipercayai berkaitan penggunaan alat pembaca versi lama.

JPN berkata MyKad baharu dilengkapi ciri keselamatan lebih moden serta menggunakan teknologi polikarbonat bagi mengurangkan risiko pemalsuan kad dan penyalahgunaan data.

Semua pusat perkhidmatan juga telah menerima panduan teknikal untuk mengemas kini sistem masing-masing supaya dapat mengenal pasti MyKad baharu dengan tepat.

JPN memberi jaminan perkhidmatan kepada orang ramai tidak akan terjejas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker