Malaysia
Super El Nino diramal Mac hingga Mei 2027, suhu berpotensi cecah 41 darjah Celsius

Malaysia berpotensi mengalami cuaca panas melampau susulan fenomena Super El Nino yang diramal berlaku antara Mac hingga Mei 2027.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata suhu maksimum berpotensi melebihi 41 darjah Celsius, mengatasi rekod tertinggi negara iaitu 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998.
Beliau berkata suhu melebihi 35 darjah Celsius dijangka berlaku lebih meluas dan berpanjangan, dengan tempoh kering sehingga 77 hari berpotensi berulang, khususnya di utara Semenanjung Malaysia.
Sehubungan itu, persediaan awal perlu dilakukan bagi menghadapi cuaca panas dan memastikan bekalan air mencukupi.




